Kata Kerja sebagai Frasa Lain

      No Comments on Kata Kerja sebagai Frasa Lain

Mohd. Isa  Abd. Razak

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi perkataan utama dalam binaan frasa kerja. Misalnya, perkataan “berkhemah” dalam ayat “Kami akan berkhemah di pantai itu” ialah kata kerja. Ayat ini ialah ayat tunggal susunan biasa berpola frasa nama + frasa kerja (FN + FK). Binaan “akan berkhemah di pantai itu” ialah frasa kerja yang berada dalam bahagian predikat ayat.

Adakah dalam ayat kata kerja hanya berfungsi sebagai frasa kerja dan hanya berada pada bahagian predikat ayat? Murid selalu mengemukakan soalan yang seperti ini. Makalah ini memberikan jawapan melalui tiga pertanyaan. Pertanyaan pertama, bolehkah kata kerja berfungsi sebagai frasa nama?

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Julai 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *