Kala

      No Comments on Kala

Mohd. Jainuri Aiyub

Kala merujuk masa, ketika, waktu dan tempoh. Dari segi golongan kata, kala tergolong sebagai kata nama. Bentuknya pula ialah bentuk kata tunggal dan boleh menjadi kata terbitan atau kata ganda apabila menerima imbuhan atau penggandaan. Dalam bentuk tunggalnya, perkataan kala wujud secara bersendiri dan boleh hadir secara utuh sebelum perkataan. Kehadirannya selepas perkataan pula sering kali digandingkan secara bersama-sama untuk membentuk satu perkataan yang mantap.

Kala Malam Bulan Mengambang ialah judul sebuah filem dan merupakan contoh kehadiran perkataan kala sebelum perkataan. Perkataan kala dieja secara terpisah daripada perkataan yang mengikutinya. Dalam konteks ini, perkataan kala bersinonim dan boleh bersilih ganti dengan perkataan ketika. Dari segi maknanya, judul filem itu boleh ditukar kepada Ketika Malam Bulan Mengambang.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Julai 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *