Air dalam Peribahasa

      No Comments on Air dalam Peribahasa

Wan Norasikin Wan Ismail

Manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam yang merangkumi air, api, angin dan tanah. Air merupakan sumber alam yang amat penting dalam kehidupan harian kita. Tanpa air kita akan mati, begitu juga dengan kehidupan lain, termasuklah haiwan dan tumbuhan.

Dalam badan manusia, 70 peratus daripadanya terdiri daripada air, begitu juga dengan bumi, yang dikelilingi oleh air. Air sumber yang paling penting dalam semua hidupan di alam ini. Selain dijadikan minuman, air juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi manusia, seperti pengangkutan dan perniagaan.

Jika dihayati, asal kejadian manusia juga berpunca daripada air, iaitu air mani, dan kemudiannya membentuk menjadi manusia yang sempurna. Air juga digunakan untuk bersuci dan wuduk diambil sebelum menunaikan solat. Kepentingan air bermula sejak manusia dilahirkan sehinggalah penghujung hayat seseorang. Jika berlaku kematian, air diperlukan untuk memandikan jenazah. Jenazah akan dimandikan sebelum dikebumikan dan air mawar disiram di atas pusara sebagai tanda penghormatan terakhir.

__

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Julai 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *