Membaca Teks sebagai Set Induksi

      No Comments on Membaca Teks sebagai Set Induksi

Md. Ishak A. Rahman

Guru sering menghadapi masalah untuk meminta murid membaca teks Komsas. Mengapakah murid tidak membaca teks Komsas? Alasan yang biasa diberikan oleh murid ialah mereka tidak minat untuk membaca. Mereka tidak faham apabila membaca teks sastera kerana lemah penguasaan bahasa. Jika murid tidak membaca teks Komsas, sukarlah untuk membimbing mereka menghayati dan memberikan ulasan terhadap karya tersebut dan seterusnya sukarlah untuk mengadakan aktiviti. Jika murid tidak berminat untuk membaca buku, guru perlulah mempelbagaikan kaedah dan pendekatan bagi menarik perhatian murid agar membaca teks tersebut. Salah satu pendekatan untuk memberikan rangsangan agar murid membaca buku dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah pendekatan menggunakan set induksi yang merujuk buku bagi mata pelajaran tersebut. Set induksi atau aktiviti pengenalan dalam P&P bertujuan untuk menarik perhatian murid terhadap mata pelajaran yang akan dipelajari. Hal ini, iaitu merujuk buku sebagai aktiviti set induksi, secara tidak langsung, memaksa murid membaca.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Julai 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *