Unsur Mencintai Alam Sekitar dalam Lestari Bukit Menghijau

Oleh Izani Daud

Ada gesaan supaya Kementerian Pelajaran mewujudkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar dengan tujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar. Walaupun hingga kini mata pelajaran tersebut belum diajarkan di sekolah, pemilihan novel Lestari Bukit Menghijau yang bertemakan kecintaan terhadap alam semula jadi, yang dijadikan teks Komsas tingkatan dua bermula pada tahun ini, merupakan permulaan ke arah itu.

Kesedaran tentang kepentingan alam sekitar perlu ditanam pada peringkat sekolah lagi. Sejak usia muda, murid perlu didedahkan kepada kesedaran menjaga kelestarian alam semula jadi, kepentingan kebersihan dan pemeliharaan hutan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *