Disleksia dan Kecelaruan Bahasa

      No Comments on Disleksia dan Kecelaruan Bahasa

Mohamad Shafiq Rohaizad

Setiap ibu bapa mengidamkan anak yang cergas dan pintar dalam pelajaran. Namun begitu, perkara ini tidak berlaku kepada semua kanak-kanak yang dilahirkan di dunia ini. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap kanak-kanak mempunyai potensi dan tahap pencapaian masing-masing mengikut kemampuan individu tersebut.

Penguasaan 3M, iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira, merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap kanak-kanak. Namun begitu, tidak semua kanak-kanak yang diajar oleh guru boleh menguasai kemahiran 3M dengan sempurna. Jika kanak-kanak terbabit tergolong dalam kategori kanak-kanak yang pintar, penguasaan kemahiran 3M tidak mendatangkan sebarang masalah, namun hal tersebut akan memberikan komplikasi yang besar kepada kanak-kanak yang menghadapi disleksia.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Julai 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *