Kembali Kasih

      No Comments on Kembali Kasih

Nor Azida Ishak

Aku menangis sendiri. Hancur luluh hatiku mengenang nasibku ketika ini. Berkali-kali aku membelek dan meneliti kertas kecil itu, sehingga slip keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) itu berkeremot di tanganku. Berkali-kali juga aku meyakinkan diri bahawa perkara yang kulihat sememangnya benar belaka. Mengapakah sukar sekali takdir yang mendatangi aku hari ini? Pahit sekali apabila dilanda musibah sehebat ini. Benarkah ini berlaku? Kiranya aku tergolong dalam golongan orang yang gagal!

“Yam…,” suara itu lembut menegurku. Cepat-cepat aku mengesat air mata yang bertakung.

“Macam mana?” tanya Mak Long sambil menyorong kerusi rodanya ke arahku.

Aku diam. Namun riakku masih bermuram durja.

“Dah dapat keputusannya?” tanya Mak Long tenang.

“Ya, Mak Long.” Suaraku serak. Tekakku terasa pedih dan kering.

“Jadi macam mana?” Nada Mak Long yang penuh mengharap menambahkan pilu dalam dadaku.

_

Cerpen ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Julai 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *