Buku

      No Comments on Buku

Buku teman bicara akal

buah ranum dari pohon ilmu

menjalin hubung insan akrab

membina intelektual minda

menimbang rasa budi setinggi gunung

sentiasa bergelora lautan perasaan

menagih ilmu pengetahuan dijamah

selalu.

Dari kulit ke kulit

kita berakit

menelaah satu persatu

menghayati detik peristiwa

menyelongkar khazanah mutiara bangsa

membina utuh pegangan hidup

dalam mengharungi bahtera kehidupan.

Di dalamnya ada mutiara akal

pelita segala kehidupan hakiki

menerangi segala kelam malam

pengubat jiwa rindu

yang harus bertakhta di perdu fikir

dikutip dan dilumur madu ilmu

terus ke dalam lautan hati

untuk dijadikan bangsa berwawasan.

Efandi Yusop

Puisi ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Julai 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *