Interlok Merakamkan Sosiobudaya Bangsa Malaysia

      No Comments on Interlok Merakamkan Sosiobudaya Bangsa Malaysia

Oleh Abdul Razak Mohd. Kassim

Sastera tidak pernah lahir daripada ruang yang kosong. Demikian kata seorang pengkaji sastera. Bahan yang termuat dalam sesebuah karya sastera ternyata diambil daripada apa-apa yang terhidang di hadapan mata penulis, baik melalui pengalamannya mahupun melalui apa-apa yang dilihat dan dilaluinya. Lantas, bahan itu diolah dengan sebaik-baiknya hingga akhirnya terhasil sebagai maha karya.

Interlok, buah tangan Abdullah Hussain dengan ketebalan 418 halaman, jelas memenuhi matlamat untuk menerapkan nilai murni dalam kalangan murid hari ini. Novel itu membicarakan suka duka serta susah payah manusia tanpa mengira batas agama, bangsa dan latar belakang. Liku sejarah serta jerit perih penduduk dalam meniti ranjau hidup sewaktu negara masih dijajah dipaparkan dengan penuh emosi oleh pengarangnya. Laluan hidup serta permasalahan masyarakat digambarkan dengan cukup berkesan hingga pembaca, terutama murid, tidak akan berasa bosan untuk membaca novel itu.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *