LAMAN UTAMA      LANGGANAN      HUBUNGI KAMI

  • Nota Editor
  • Fokus
    • Sari Bahasa
  • Ilmu Bahasa
    • Cemerlang Bahasa
    • Soal Jawab Bahasa
  • P&P Bahasa
    • Pengajaran Bahasa
    • Sastera dalam Bahasa
    • Cemerlang Pelajar
    • Dinamika Bahasa
    • Terampil Bahasa
  • Santai Bahasa
    • Kosa Kata
    • Berita Bahasa
    • Komentar Bahasa
    • Warisan Bahasa
    • Teka dan Cari Kata
  • Umum
    • Dunia Bahasa
    • Tentang Bahasa
    • Pustaka Bahasa
    • Kembara Bahasa
    • Minda Bahasa
  • Kreatif
    • Cerpen
    • Simfoni
  • Ulasan Buku
  • Uncategorized

Di mana Ada Kemahuan di Situ Ada Jalan

1 Jun, 2012 Nota Editor admin Permalink

Nor Azleenda Abdul Hadi

Banyak orang beranggapan bahawa bahasa Melayu mudah dipelajari dan sukar dikuasai. Benarkah tanggapan tersebut? Apakah kayu ukur yang dapat menyokong pernyataan itu? Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap bahasa Melayu yang merupakanbahasa kebangsaan, kita perlu meneliti, mengkaji dan memahami perkara pokok yang menyebabkan tanggapan tersebut berlegar-legar dalam akal fikir bangsa Malaysia yang seharusnya tidak lagi mempersoalkan keupayaan untuk menguasai bahasa tersebut.

Hal ini dikatakan demikian kerana dalam sistem pendidikan di Malaysia, Penyata Razak 1956 dengan jelas telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah selain menjadi salah satu mata pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah.

Pastinya dalam menuju negara maju, Malaysia tidak meminggirkan aspek pembangunan pendidikan, seterusnya mewajibkan semua rakyat Malaysia yang berumur tujuh hingga 17 tahun bersekolah. Hal ini bermakna, dalam tempoh tersebut seluruh rakyat Malaysia telah mengikuti pendidikan secara formal selama 11 tahun dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa penyatuan bangsa ketika berada di sekolah.

Pembelajaran bahasa Melayu secara formal di sekolah merupakan asas yang paling kukuh untuk menjadikan seseorang warganegara Malaysia mempelajari dan menghayati ilmu bahasa tersebut. Bagi proses menguasai bahasa Melayu pula, seseorang itu wajar melakukan beberapa perkara yang memperlihatkan kesungguhan dan kecintaan yang mendalam untuk menggunakan bahasa tersebut pada setiap masa dalam pelbagai konteks kehidupan. Untuk menguasai bahasa Melayu, kita jangan malu-malu untuk menuturkannya, jangan rasa rendah diri untuk mengungkap pelbagai khazanah kosa kata Melayu dalam pelbagai laras. Semuanya telah tersedia, cuma tanyalah pada diri kita sama ada ingin menggunakan bahasa Melayu ataupun sebaliknya. Jika setiap masa kita menggunakan bahasa Melayu, tidak timbul lagi tanggapan bahawa bahasa itu sukar dikuasai dan harus dipinggirkan.

Bahasa Melayu mempunyai sistem yang amat mudah dipelajari dan dikuasai berbanding dengan bahasa utama di dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Melayu mempunyai sistem ejaan yang sangat jelas dan struktur pembinaan ayatnya pula mengandungi format tertentu. Presiden Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF), Goh Hin San, menyatakan bahasa Melayu mudah dipelajari kerana menggunakan sistem ejaan dengan vokal dan konsonan jelas, tidak seperti bahasa Cina yang rumit penulisan dan ejaannya.

Hindarkanlah kegusaran untuk menguasai bahasa Melayu, tingkatkanlah penggunaannya setiap masa untuk menjadikan bahasa itu sebagai bahasa yang diyakini untuk digunakan. Ibarat peribahasa Melayu menyatakan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan atau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Jun 2012.

About The Author

No Comments

Hantar Maklum Balas Anda

Click here to cancel reply.

Carian

Ruangan

  • Cemerlang Bahasa
  • Cemerlang Pelajar
  • Cerpen
  • Cerpen
  • Dinamika Bahasa
  • Dunia Bahasa
  • Dunia Bahasa
  • Kembara Bahasa
  • Komentar Bahasa
  • Minda Bahasa
  • Nota Editor
  • Pengajaran Bahasa
  • Pengajaran Bahasa
  • Pustaka Bahasa
  • Sari Bahasa
  • Sastera dalam Bahasa
  • Simfoni
  • Warisan Bahasa

Bulan Keluaran

  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011

Terkini

  • Perindu Bahasa
  • “1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara” Mendukung Gagasan 1Malaysia”
  • Bahasa Ibunda Tidak Dilupakan
  • Bulan Bahasa Kebangsaan Agenda Nasional
  • Menyerlahkah Pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan?

Majalah dalam Talian

Facebook

Rangkaian DBP

© Dewan Bahasa Dan Pustaka 2013