Kaedah Pengalaman Bahasa

      No Comments on Kaedah Pengalaman Bahasa

Oleh Abdullah Abdul Rahman

Pembacaan merupakan aktiviti penting dalam proses pemelajaran. Pembacaan dikatakan banyak memberikan manfaat kepada pembaca. Penurunan wahyu yang pertama mengingatkan kita tentang betapa pentingnya aktiviti pembacaan. Penegasan terhadap aktiviti itu perlu ditekankan sejak murid berada pada peringkat awal persekolahan. Namun begitu, kebolehan pembacaan murid sekolah rendah masih menjadi isu dalam sistem pendidikan negara. Ada beberapa kemungkinan sebab hal itu menjadi masalah. Antara yang sering diperkatakan termasuklah faktor minat.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *