Imbuhan Awalan yang Menunjukkan Bilangan

      No Comments on Imbuhan Awalan yang Menunjukkan Bilangan

Ridzuan Kamis

Imbuhan awalan dalam bahasa Melayu yang merujuk bilangan ialah tuna-, eka-, dwi-, tri dan panca– Awalan ini dipinjam daripada bahasa Sanskrit, iaitu imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem bahasa atau tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, imbuhan awalan yang menunjukkan maksud bilangan ini kurang digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu. Imbuhan seperti tuna– dan tri– dilihat penggunaannya tidak begitu produktif dalam bahasa Melayu untuk membentuk kata terbitan berbanding dengan imbuhan eka-, dwi– dan panca-.

Imbuhan tuna– kurang digunakan dalam bahasa Melayu, tetapi acap terdapat dalam bahasa Indonesia. Awalan tuna- menerbitkan kata nama untuk memberikan makna tiada atau tidak mempunyai langsung. Contohnya:

i. tunaaksara – tidak dapat membaca dan menulis, buta huruf.

ii. tunawisma – tidak mempunyai tempat tinggal atau rumah yang tetap, gelandangan.

iii. tunasusila – tidak bersusila.

iv. tunawicara – tidak dapat bercakap atau bisu.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Jun 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *