Bahasa Melayu Mudah Dipelajari, tetapi Sukar Dikuasai?

S. Nathesan

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri, di Jabatan Perdana Menteri, melahirkan kenyataan bahawa  bahasa Melayu merupakan bahasa yang mudah dipelajari, tetapi sukar dikuasai semasa berucap di majlis Festival Bahasa dan Sastera, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada 4 Julai 2011 yang lalu. Adakah kita bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh beliau? Barangkali, terdapat pandangan yang berbeza-beza dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Mungkin ada yang bersetuju dan ada pula yang tidak menerima pandangan tersebut.

Konsep

Apabila meneliti kenyataan tersebut, terdapat dua konsep penting yang perlu dijelaskan maksudnya terlebih dahulu. Pertama, perkataan “mempelajari” dan yang kedua “menguasai”. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, “mempelajari” membawa maksud “belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam”, manakala “menguasai” bererti “mengetahui dengan mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu”.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Jun 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *