Awalan Tuna- Meningkatkan Kesantunan Berbahasa

S. Ilangko

Berdasarkan Kamus Dewan, selain menjadi imbuhan awalan dalam bahasa Melayu, istilah tuna membawa dua maksud yang berbeza. Maksud pertama tuna ialah luka, cacat atau rosak. Contoh ayat:

  1. Kakinya tertuna kerana terpijak paku.

Maksud kedua tuna ialah sejenis ikan laut yang badannya agak bulat panjang dan muncungnya lancip (tirus atau runcing). Contoh ayat:

  1. Ikan tuna yang telah ditinkan itu sangat sedap rasanya.

Imbuhan awalan tuna– dirangkaikan dengan perkataan lain untuk mewujudkan maksud tidak mempunyai atau tidak memiliki sesuatu. Sebagai contoh, tunaaksara membawa maksud tidak mengenal (tuna) huruf (aksara) atau tidak tahu membaca dan menulis. Contoh ayat: Banyak kanak-kanak di kawasan pedalaman itu tunaaksara kerana tidak pernah ke sekolah.

Dalam khazanah kosa kata bahasa Melayu, terdapat banyak perkataan yang dirangkaikan dengan awalan tuna– yang membawa maksud yang khusus. Antara perkataan tersebut termasuklah tunaaksara, tunaanggota, tunanetra, tunawicara, tunawisma, tunakarya, tunakerna, tunasusila dan tunatertib.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Jun 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *