“dan” dan “tetapi” dari Sudut Tatabahasa Wacana

Zamri Salleh

Petikan tentang konsep wacana di atas dipetik daripada makalah oleh Sanat Md. Nasir, Pengupayaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura. Dalam petikan di atas, perkataan dan dan tetapi digunakan pada permulaan ayat. Bagi kebanyakan orang, penggunaan dan dan tetapi untuk memulakan ayat dianggap sebagai sesuatu yang amat janggal dan perlu dielakkan. Kejanggalan ini berlaku kerana kita sudah biasa dengan penggunaan dan dan tetapi sebagai kata hubung gabungan yang sepatutnya hanya digunakan di bahagian tengah ayat. Dengan kata lain, kata hubung gabungan mesti digunakan untuk menghubungkan dua ayat tunggal agar menjadi satu ayat majmuk gabungan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Jun 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *