Teknik Bedah Karya dalam Cerpen

      No Comments on Teknik Bedah Karya dalam Cerpen

Roslan Daud

Pembelajaran mutakhir ini memerlukan guru mencari pendekatan, kaedah dan teknik yang bervariasi bagi mendapatkan kesan pengajaran yang besar, seperti mengajarkan teks Komsas. Guru sering didedahkan kepada teknik forum, sumbang saran, bercerita dan perbincangan kumpulan kecil. Namun begitu, teknik bedah karya kurang mendapat tempat berbanding dengan kaedah lain. Mengapakah guru tidak mencuba teknik tersebut?

Teknik bedah karya memerlukan murid mengupas atau mengkaji sesebuah karya mengikut penetapan tertentu. Dalam hal ini, teknik tersebut mempunyai beberapa kelebihan. Pertama, murid menjadi lebih aktif kerana penglibatan murid dilakukan secara menyeluruh. Kedua, murid lebih faham apabila meneliti setiap penceritaan pada setiap halaman. Yang ketiga, murid dapat menganalisis setiap perkara yang terjadi dalam cerita dengan lebih kritis.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Jun 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *