Langkah Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan

      No Comments on Langkah Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan

Bulan Bahasa Kebangsaan yang diraikan saban tahun merupakan sebahagian daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara ini. Perkara tersebut dikatakan perjuangan kerana bahasa Melayu tidak akan berada pada darjat yang mulia tanpa perjuangan pejuang bangsa yang terdahulu.

Ketika negara di bawah penjajahan Inggeris, bahasa Inggeris berada pada kedudukan yang amat tinggi. Bahasa itu digunakan dalam segala urusan rasmi di samping sebagai bahasa pengantar di sekolah Inggeris. Mereka yang mengikuti pendidikan Inggeris biasanya mendapat peluang pekerjaan dan ekonomi yang lebih baik daripada mereka yang bersekolah aliran Melayu dan aliran bahasa ibunda yang lain.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *