Memeta Kegemilangan Bahasa

      No Comments on Memeta Kegemilangan Bahasa

Mohd. Helmi Ahmad

Sejarah bahasa direntangkan di laut

di langit ditulis aksara sayang

dengan tinta kecintaan yang pekat

tamadun yang indah mengembang

di gugusan Nusantara.

Dunia ini semakin membiak

benih harapan yang tersebar

dari mulut para pedagang

dari lidah para mualim

daripada rasa cendekiawan

bersatu dalam jitu

memartabatkan bahasa keilmuan.

Bahasa Melayu dalam sejarah dunia

memeta kegemilangan

meletakkan satu pertimbangan

takkan hilang ke akhir zaman.

___

Puisi ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Jun 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *