Segugus Tamar di Lembah Gaza

      No Comments on Segugus Tamar di Lembah Gaza

Husna Nazri

Peluru paling ampuh yang menggerunkan musuh ialah kata yang mengalir dari jari-jemari sang pengkarya yang menyajikan kebenaran. Maka, tinta dan pena yang melakarkan karya seumpama senjata tajam menyergah jiwa yang lena dalam tidur supaya bangkit untuk satu perjuangan yang panjang dan berliku. Begitu desah hati kecil Ahmad Fayyaz Dehrani yang membelek-belek karya terbaharunya, sebuah novel berkulit tebal dengan jumlah halaman hampir mencecah 300 muka surat. Novel terbitan Intifadah Publishing yang berpejabat di pinggir Gaza itu memperincikan kisah cinta agung sepasang kekasih yang mengabdikan usia muda untuk satu perjuangan yang luhur dan murni. Perjuangan membebaskan tanah ibunda tercinta daripada cengkaman kuku biadab dan zalim Zionis Yahudi. Cerita ini mengundang nestapa. Naskhah yang berparut tragedi berdarah. Kisah yang larut dalam kenangan.

Ahmad Fayyaz Dehrani masih duduk di situ. Menghadap cermin kaca yang separuh ternganga di hujung kamar rumahnya di pinggir bandar Gaza. Udara malam yang dingin menerjah masuk  menampar tubuh dan wajahnya yang sedikit cengkung. Matanya masih tertancap pada baris tulisan bab pertama yang menyajikan pertemuan ilmiah antara Umairah dengan Nasrullah. Umairah, gadis cekal berkerudung sopan ayu, dipertemukan dengan Nasrullah yang bijaksana dan hafiz Quran di kampus universiti Darul Qura di kota Madinah. Ceritanya amat menyentuh jiwa. Cinta yang berparut tragedi perang dan keganasan. Karya olahan anak muda 28 tahun ini khabarnya sudah laris terjual di toko buku dan majalah sekitar Gaza, Tebing Barat dan Ramallah. Tidak pernah dalam sejarah tanah airnya yang bergolak itu, anak muda tiba-tiba sahaja mencintai seni sastera. Golongan remaja yang sekian lama diasah dengan dengung peluru dan percikan mortar dalam gelodak perang yang panjang mula mencambahkan minat pada helaian kisah fiksyen yang bercampur aduk antara realiti dan fantasi yang menyentuh perasaan. Kisah ini  …..

___

Cerpen ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Jun 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *