Guru Pelaksana Tranformasi Pendidikan Negara

Oleh NOR AZLEENDA ABDUL HADI

Pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan telah direncanakan dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan di negara ini. Kepelbagaian dasar dan pembaharuan inilah yang menjadi inti pati transformasi dalam dunia pendidikan pada masa kini yang perlu disedari oleh seluruh warga pendidik yang menjadi tunjang utama untuk menjayakannya.

Kesediaan guru untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan perkara utama yang perlu dipikul olehsemua guru, bukan sahaja guru bahasa. Keyakinan guru untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu perlu diperkukuh kerana guru ialah ejen penyebar ilmu yang amat diyakini oleh murid.

Selain itu, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), dasar 1 Murid 1 Sukan dan Program Transformasi Kerajaan yang berkaitan dengan sistem pendidikan, iaitu mempertingkatkan pencapaian murid juga merupakan dasar yang perlu diamati dan dihayati oleh guru.

Kini, tugas guru bukan sekadar memastikan murid berjaya dalam bidang kurikulum semata-mata, malah kejayaan dalam bidang kokurikulum dan pembinaan sahsiah turut digalas oleh guru. Oleh hal yang demikian, tuntutan menjadi guru yang inovatif untuk melonjakkan program transformasi pendidikan ini perlu disahut dengan hati yang terbuka oleh seluruh guru di Malaysia.

Selamat Hari Guru, dan terima kasih, cikgu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *