Komsas Melahirkan Sarjana Sastera atau Pengkarya Sastera?

Oleh MOHD. HELMI AHMAD

Banyak orang yang tidak menyedari  bahawa pada tahun 2012, Malaysia sudah memiliki 11 orang Sasterawan Negara. Rakyat Malaysia harus berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada penulis yang bergiat aktif dalam penulisan kreatif mahupun ilmiah hingga diangkat sebagai Sasterawan Negara.

Anugerah Sastera Negara (ASN) diperkenalkan pada tahun 1979 oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn dengan penerima pertamanya Keris Mas (Kamaludin Muhamad) pada tahun 1981, diikuti Shahnon Ahmad (1982), Usman Awang (1983), A. Samad Said (1985), Arena Wati (Muhammad Abdul Biang) (1987), Muhammad Haji Salleh (1991), Noordin Hassan (1993), Abdullah Hussain (1996), S. Othman Kelantan (2004), Anwar Ridhwan (2010) dan terkini Kemala (2011) atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Abdullah. Banyak yang berteka-teki, siapakah Sasterawan Negara yang ke-12? Adakah Sasterawan Negara yang ke-12 itu akan muncul pada tahun 2012? Tidak mustahil juga bakal muncul sasterawan pertama daripada kalangan wanita. Kita masih mempunyai banyak sasterawan yang hebat dengan kepakaran dalam genre masing-masing.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Mei 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *