Transformasi Penyusunan Ayat

      No Comments on Transformasi Penyusunan Ayat

Oleh SUHAIMI MOHD. SALLEH

Proses transformasi ayat secara mudahnya bermaksud proses penerbitan ayat. Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga proses ini berperanan untuk mengubah aturan dan struktur ayat, serta  memperluas unsur dalam ayat, melalui pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Dalam kata lain, proses transformasi ayat atau proses penerbitan ayat ialah proses mengubah ayat asal menjadi ayat baharu, yang dilakukan dengan cara menggugurkan, menyusun semula dan menambahkan unsur kata tertentu dalam ayat asal itu.  Ayat yang mengalami proses tersebut dikenali sebagai ayat terbitan atau ayat  transformasi.

Yang terjadi dalam proses penerbitan ayat jenis ini ialah susunan dan bentuk perkataan dalam ayat asal diubah. Semasa proses menyusun semula itu, berlaku perubahan dan pengguguran perkataan tertentu serta penggantian dan penambahan perkataan lain. Sungguhpun demikian, makna ayat yang terlibat tidak berubah.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Mei 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *