Persembahan Isi Tidak Tepat: Mutu Karangan STPM Terjejas

Oleh NAWI ISMAIL

Kebanyakan murid mengakui kelemahan mereka dalam penulisan karangan, khusus tentang persembahan isi. Kelemahan tersebut tergambar dalam kebanyakan karangan yang dihasilkan oleh murid. Sekiranya kelemahan tersebut tidak ditangani, calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), khususnya, tidak akan memperoleh markah yang baik dalam karangan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam peperiksaan tersebut, 15 markah diperuntukkan untuk bahagian isi karangan. Secara umumnya, tiga markah akan diberikan kepada setiap isi dan huraian yang tepat. Sekiranya isi masih tepat, tetapi huraiannya sederhana, calon akan memperoleh dua markah dan satu markah akan diberikan sekiranya didapati isi dan huraiannya lemah.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Mei 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *