Bahasa Melayu dan Pelajar Universiti

      No Comments on Bahasa Melayu dan Pelajar Universiti

Oleh Aliaa Aaina Izyan Hasan

Penggunaan bahasa Melayu seharusnya diutamakan tidak kira waktu dan tempat. Pada suatu masa dahulu, bahasa itu menjadi bahasa yang begitu penting ketika negara masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Penggunaannya pada waktu itu dilihat begitu meluas dan amat membanggakan seluruh rakyatnya.

Namun demikian, akibat daripada kewujudan arus globalisasi, penggunaan bahasa Melayu kini berkurangan dan makin merosot dalam kalangan rakyat Malaysia. Dunia makin berkembang dan maju dari sehari ke sehari. Banyak kemudahan teknologi kini yang dicipta bagi memudahkan kehidupan orang ramai hingga mereka terleka dan alpa terhadap kemerosotan penggunaan bahasa yang sepatutnya menjadi kebanggaan setiap rakyat negara ini.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *