Nilai Dalam Melunas Rindu

      No Comments on Nilai Dalam Melunas Rindu

Oleh MOHD. ALI SALIM

Tujuan penulis novel berkarya adalah untuk menyampaikan nilai baik kepada pembaca.Nilai itu dapat menjadi panduan dalam kehidupan supaya berupaya mengubah tingkah laku insan agar menjadi orang yang baik berdasarkan watak dan perwatakan dalam karya. Oleh hal yang demikian, Kompenan Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) penting kepada murid supaya mereka mengambil nilai baik sebagai ikutan. Unsur nilai tersebut terkandung dalam peristiwa atau tingkah laku watak. Selain itu, banyak peristiwa atau tingkah laku watak yang boleh digunakan untuk menerapkan satu nilai yang sama. Hal ini boleh dikatakan satu peristiwa memiliki banyak nilai dan satu nilai terkandung dalam banyak peristiwa.

Nilai dalam Tingkah Laku Watak

Jika penulis mewujudkan watak yang baik berdasarkan tingkah lakunya, maka itulah yang

menjadi nilai yang hendak disampaikan oleh penulis. Oleh itu, murid diasuh supaya memahami setiap tingkah laku watak. Murid perlu memikirkan nilai baik yang terdapat dalam watak tersebut agar menjadi panduan untuk diikuti. Jelasnya dalam kajian nilai, setiap tingkah laku watak hendaklah menjadi perhatian murid. Ambil perhatian, ingat dan berfikir tentang satu perbuatan pelaku atau urutan peristiwa yang mengandungi lebih daripada satu nilai.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Mei 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *