Prosa Melayu Tradisional

      No Comments on Prosa Melayu Tradisional

Oleh RUZAINI AWANG

Meskipun jarang-jarang diperkatakan, istilah dan ciri keunikan yang terkandung dalam prosa Melayu tradisional merupakan warisan seni dan bahasa yang sangat bernilai. Tak kenal maka tak cinta merupakan antara kata hikmat yang begitu sinonim untuk mengenali dan jatuh cinta pada sesuatu perkara. Begitulah mukadimah untuk mengenali Prosa Melayu Tradisional. Glosari Pengajian Melayu oleh Nafi Mat menyatakan bahawa kata prosa itu ialah semua bentuk bahasa, tulisan, pengucapan biasa yang tidak terikat kepada rima, irama atau susunan bunyi. Kamus Dewan edisi keempat pula menyatakan bahawa prosa itu karangan yang bertulis dengan bahasa yang biasa, iaitu tidak berbentuk sajak dan lain-lain. Istilah tradisi dan tradisional itu merujuk kepada sesuatu yang telah diwarisi, kebiasaan dan yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat. Namun begitu, segelintir masyarakat pada hari ini masih alpa dan kurang sedar bahawa prosa tradisional itu juga sebenarnya merupakan warisan dan budaya serta kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Mungkin terdapat beberapa pendapat negative bahawa prosa tradisional itu sesuatu yang sangat klasik dan agak lama untuk dijadikan penilaian, pengajaran dan tuntutan nilai murni pada era moden hari ini.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Mei 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *