Meningkatkan Budaya Membaca

      No Comments on Meningkatkan Budaya Membaca

Zuridah Hanim Md. Akhir

Membaca kegiatan yang boleh membangunkan intelektual, menyuburkan budaya ilmu, membentuk pemikiran kreatif dan dinamis serta membentuk keperibadian manusia.

Membaca ialah kaedah utama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kepentingan ini lebih

jelas dilihat menerusi wahyu Allah dalam surah al-Alaq, ayat 1–5 yang bermaksud:

“Bacalah (Wahai Muhamad SAW) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajarkan manusia menerusi pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Dalam hal ini, kita sedia maklum bahawa usaha mendapatkan ilmu adalah menerusi pembacaan.

Membaca turut dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat. Malah, jelas terbukti dalam masyarakat pada hari ini bahawa individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang dimiliki seseorang, lebih tinggi hormat dan tanggapan masyarakat terhadapnya. Malah, ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat dan negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) di sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Mei 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *