Alomorf

admin   December 15, 2011   No Comments on Alomorf

Oleh Kho Thong Eng

Menurut Asmah Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir, edisi kelima, alomorf ialah varian morfem. Bagi morfem bebas, morfem dengan alomorfnya sama. Namun begitu, bagi sesetengah morfem terikat, alomorfnya terbahagi kepada beberapa jenis. Jika alomorf sama dengan morfem, alomorf tersebut disebut sebagai alomorf dasar. Contohnya, alomorf jalan dengan morfem jalan sama. Oleh itu, bentuk jalan mewakili morfem dan juga alomorfnya. Bagi morfem terikat pula, alomorf di- sama dengan morfem di-. Oleh itu, bentuk di- boleh mewakili morfem dan alomorfnya. Jika sesuatu morfem mempunyai banyak alomorf, satu daripada alomorf akan dipilih untuk melambangkan morfem tersebut. Alomorf yang terpilih sebagai lambang morfem disebut sebagai alomorf dasar.

Alomorf yang pelbagai terdapat pada sesetengah morfem terikat. Alomorf tersebut terbahagi kepada tiga jenis, iaitu alomorf lingkungan fonologi, alomorf lingkungan tatabahasa dan alomorf lingkungan leksikal. Jika bentuk alomorf berkaitan dengan ciri bunyi awal pada kata dasar yang ditambah morfem terikat, alomorf yang terhasil disebut sebagai alomorf lingkungan fonologi. Contohnya, morfem meN- mempunyai empat alomorf lingkungan fonologi, iaitu me-, men-, mem- dan meng-. Alomorf lingkungan fonologi mungkin ditambah pada kata dasar dengan atau tanpa peleburan fonem atau pengguguran bunyi pada awal kata dasar. Jadual yang berikut memaparkan kata dasar contoh yang ditambah alomorf lingkungan fonologi me-.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *