Daripada Prosa Klasik kepada Drama

      No Comments on Daripada Prosa Klasik kepada Drama

Oleh ROSLAN DAUD

Pengajaran prosa klasik tidak sama seperti pengajaran cerpen, drama atau puisi. Ketiga-tiga bahan sastera itu mudah difahami lantaran struktur bahasa yang sering didengar. Secara jujurnya, sebagai pendidik, penulis tidak menyalahkan murid, apatah lagi menyalahkan pengkarya sastera itu kerana karya sastera itu terkenal dengan penggunaan bahasa arkaik dan bahasa istana. Oleh itu, penulis sentiasa mencari jalan agar murid mudah memahami cerita tersebut bagi menyenangkan mereka menjawab soalan peperiksaan, malah lebih jauh lagi, mengambil inti pati kisah tersebut untuk dijadikan panduan dalam kehidupan sehari-hari mereka.

Memang ada caranya untuk memudahkan murid memahami plot cerita dengan menggunakan kaedah drama. Apabila menggunakan kaedah tersebut, murid perlu berlakon. Bagi tujuan pengajaran, tidak perlulah guru bersusah payah menyediakan gambar latar tempat yang begitu rumit atau kostum yang berlebih-lebihan, seperti dalam pertandingan atau teater. Cukuplah sekadar pelakon menghayati setiap peranan dan watak mereka bagi memberikan kesan kepada murid.

Penulis menggunakan prosa klasik “Merah Silu” yang termuat dalam antologi Harga Remaja. Sebelum membuat teks, guru perlulah membaca teks secara keseluruhannya. Sambil itu, guru boleh mencabut mana-mana frasa atau rangkai kata yang sukar difahami. Tujuannya pelbagai. Yang pertama, untuk meluaskan perbendaharaan kata murid. Yang kedua, kosa kata itu dapat dijadikan sebagai bahan penilaian sesudah murid habis belajar. Yang ketiga, murid dapat diuji berdasarkan format pentaksiran yang sebenar pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Yang berikut merupakan perkataan dan rangkai kata yang boleh diuji kepada murid.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Februari 2012

Semasa meneliti karya tersebut, guru perlu mengenali jalinan plot, iaitu daripada permulaan, perkembangan, perumitan atau konflik, kemuncak atau klimaks hingga, akhir sekali, peleraian. Dalam setiap plot, guru perlu meneliti watak dan peristiwa penting setiap satunya. Di halaman 34, dipaparkan plot dan peristiwa penting dalam setiap plot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *