Antara Huruf Kecil dengan Huruf Besar

      No Comments on Antara Huruf Kecil dengan Huruf Besar

Oleh KHO THONG ENG

Penggunaan huruf kecil atau huruf besar dalam hal pengejaan kata merupakan masalah yang mengelirukan sebilangan murid. Hal itu dikatakan demikian kerana penggunaan bentuk huruf yang betul ditentukan oleh sejumlah kriteria yang tidak diketahui sepenuhnya oleh sesetengah murid. Satu perkara yang sangat jelas berkaitan dengan penggunaan huruf besar adalah tentang penggunaannya pada awal ayat.

 Dia bertolak ke Pulau Pinang tadi.

Pada umumnya, huruf besar digunakan pada awal kata nama khas, yang berkaitan dengan nama khusus orang, tempat, malaikat, tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Sebaliknya, huruf kecil digunakan untuk kata nama am yang bersifat umum.

Bagi kata nama khas orang yang berkaitan dengan bapa seseorang, kata, seperti bin, binti, anak atau singkatannya ak, a/p dan a/l, harus ditulis dengan huruf kecil. Contohnya, Ali bin Ahmad, Fatimah binti Abdullah, James ak Peter, Suresh a/l Ramasamy dan Saroja a/p Balakrishnan Theavy.

Bagi kata nama khas yang berkaitan dengan jawatan seseorang, ada ketikanya penggunaan huruf besar dan huruf kecil berkaitan rapat dengan jawatan yang dimaksudkan. Misalnya, posisi huruf besar bagi Yang di-Pertuan Agong dengan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Yang Dipertua Persatuan Pengakap Malaysia tidak sama. Dalam hal tersebut, rujukan kehormat boleh ditulis sebagai DYMM, Duli Yang Maha Mulia, Yang Arif, YAB atau Yang Amat Berhormat. Dalam rujukan kehormat tersebut, kata pembenda atau kata hubung relatif yang mesti berawalkan huruf besar.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Februari 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *