Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu

      No Comments on Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu

Oleh AHMAD MUAZ AHMAD KHAIR

Imbuhan merupakan satu bentuk kata yang amat penting dalam bahasa Melayu. Hal itu dikatakan demikian kerana bahasa itu mempunyai pelbagai bentuk imbuhan. Imbuhan dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada imbuhan asli atau imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. Ada dua cara imbuhan asing dipinjam, iaitu dengan cara diterima sepenuhnya atau dengan diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Ada tiga golongan imbuhan asing dalam bahasa Melayu, iaitu imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab-Parsi dan imbuhan Inggeris. Ketiga-tiga imbuhan pinjaman itu mempunyai bentuk awalan dan akhiran.

Bentuk awalan Sanskrit terdiri daripada maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, pasca- dan panca-. Kata dasar yang bergabung dengan awalan tersebut tidak mengubah bentuk imbuhan atau ejaan. Semua awalan Sanskrit membentuk kata nama.

Awalan maha- juga dapat diikuti kata adjektif. Dalam hal tersebut, kata maha bukanlah imbuhan, tetapi sebagai satu kata yang tersendiri dan penulisannya hendaklah dijarakkan. Contohnya, maha besar, maha agung dan maha mulia. Dalam imbuhan Arab-Parsi, hanya terdapat satu awalan, iaitu bi-. Awalan tersebut membawa pengertian ”tidak”. Awalan itu membentuk kata adjektif. Penggabungan awalan bi- dengan kata dasar tidak melibatkan apa-apa perubahan. Contohnya ialah bilazim, binormal dan biadab.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Februari 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *