Ibarat Sungai dengan Airnya

      No Comments on Ibarat Sungai dengan Airnya

Oleh Jeniri Amir

Hubungan bahasa dan nilai budaya adalah simbiotik dan tidak dapat dipisahkan, ibarat sungai dengan airnya. Bahasa Melayu menerapkan nilai yang sesuai dengan alam dan persekitaran Melayu. Bahasa asing pula menerapkan nilai asing.

Bahasa ialah tonggak kebudayaan. Kebudayaan Inggeris berteraskan bahasa Inggeris, kebudayaan Perancis berteraskan bahasa Perancis dan kebudayaan Melayu berteraskan bahasa Melayu. Bahasa bukan sekadar lambang atau identiti sesuatu bangsa. Bahasa ibarat sungai yang mengalir yang membawa segala macam benda bersama-samanya. Bahasa bukan wujud dalam kekosongan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *