Majlis Bahasa Melayu

      No Comments on Majlis Bahasa Melayu

Yaakub Dasan

Pasir Mas

Cadangan mantan presiden Persatuan Penulis Nasional, Dato’ Baharuddin Zainal, tidak berapa lama dahulu supaya Majlis Raja-raja menubuhkan Majlis Bahasa Melayu memang wajar diberikan perhatian oleh semua pihak. Lebih daripada itu, cadangan tersebut, yang mahu supaya Majlis Bahasa Melayu diletakkan di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong, memang tepat bagi mengelakkan kedaulatan bahasa tersebut dimanipulasikan untuk kepentingan pihak tertentu.

Cadangan tersebut perlu dilaksanakan dengan segera kerana kepentingan dan kedaulatan bahasa Melayu akan lebih terpelihara sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Namun demikian, hal itu tidaklah bermakna mengehadkan pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan bahasa lain yang ada di negara ini. Sesungguhnya, lagi banyak bahasa yang diketahui seseorang, lagi baik keadaannya kerana hal tersebut memudahkannya dalam pergaulan hidup harian.

Penubuhan Majlis Bahasa Melayu, pada pandangan penulis, perlu dipercepat selaras dengan perkembangan zaman kerana kini semua negara menghadapi isu globalisasi yang, secara tidak langsung, menghapuskan konsep batasan sempadan negara. Perkembangan tersebut membuatkan

sesetengah negara, yang tidak mempunyai keutuhan pendirian politik dan budaya, merendah-rendahkan dan mengetepikan bahasa ibunda mereka sendiri.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Februari 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *