Binaan Endosentrik dan Binaan Eksosentrik

      No Comments on Binaan Endosentrik dan Binaan Eksosentrik


Oleh CHIN BOON TEK

Kehadiran inti dan penerang dalam struktur frasa adalah berdasarkan urutan unsur-unsur tertentu. Dalam bahasa Melayu, sesuatu yang menerangkan selalunya terletak di belakang inti. Namun, kadangkalanya penerang juga boleh diletakkan di depan inti. Dengan demikian, bolehlah dikatakan bahawa kehadiran beberapa penerang dalam frasa mempunyai hubungan semantik dengan inti.

Terdapat dua jenis binaan frasa, iaitu binaan endosentrik dan binaan eksosentrik. Binaan endosentrik ialah keseluruhan frasa memiliki perilaku sintaksis yang sama dengan perilaku salah satu komponennya, iaitu binaan yang terdiri daripada rangkaian perkataan yang salah  satu daripadanya tidak boleh digugurkan kerana dianggap paling penting. Antara frasa binaan endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Contohnya:

1a. sedang membaca buku

1b. *sedang buku

2a. masih menunggu beritanya

2b. *masih beritanya

3a. masih sangat kecil

3b. *masih sangat

4a. orang miskin itu

4b. *miskin itu

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Mac 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *