Penghasilan Bunyi Vokal

      No Comments on Penghasilan Bunyi Vokal

oleh ROSLAN DAUD

Bunyi vokal ditakrifkan sebagai bunyi yang terhasil apabila udara yang keluar tidak mengalami sebarang sekatan, iaitu keluar secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut. Semasa bunyi vokal dihasilkan, pita suara mengalami getaran. Jika tidak, maka tiada bunyi yang akan terhasil. Oleh itu, getaran pita suaralah yang menghasilkan bunyi. Penghasilan vokal ini juga dikaitkan dengan bentuk bibir, sama ada bundar, neutral ataupun hampar, di samping kedudukan lidah, sama ada tinggi, sederhana mahupun rendah.

Umumnya, terdapat lapan bunyi vokal, iaitu [a], [e], [ε], [∂], [Ɔ] [i], [o] dan [u]. Kelapan-lapan gugus vokal ini dihasilkan melalui cara yang berbeza. Persamaannya ialah pita suara mesti digetarkan dan lelangit lembut diangkat menutup rongga hidung bagi mengelakkan udara terlepas melalui hidung, yang seterusnya menghasilkan bunyi sengauan. Yang membezakannya pula ialah bentuk bibir dan kedudukan lidah. Perbezaan inilah yang menghasilkan vokal yang berlainan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Mac 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *