Peribahasa dalam Novel Nikmah

      No Comments on Peribahasa dalam Novel Nikmah

Oleh CHAI LOON GUAN

Hampir setiap bangsa mempunyai peribahasanya tersendiri dan peribahasa itu dapat mencerminkan watak bangsa tersebut. Sebenarnya, peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan penuh bermakna.

Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai secara turun-temurun.

Peribahasa digunakan sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.

Pada umumnya, peribahasa dapat dikatakan berasal daripada tiga sumber seperti yang berikut:

(a) Masyarakat biasa melalui pengalaman hidupnya.

(b) Golongan cerdik pandai berdasarkan pemerhatiannya yang tajam terhadap  keadaan dan masyarakat sekelilingnya.

(c) Kitab suci al-Quran dan kitab-kitab agama lain khususnya Hindu dan Buddha yang pengaruhnya agak meluas dan kukuh di alam Melayu suatu ketika dahulu.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Mac 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *