Kasih Sayang yang Tidak Berbelah Bahagi dalam Dendam

Oleh S. IZANI DAUD

Cerpen Dendam karya Shariza A.Rahman merupakan salah sebuah cerpen yang dimuatkan dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, teks Komsas untuk pelajar tingkatan dua.

Dendam memaparkan tentang hubungan yang tidak harmonis antara seorang kakak dengan adiknya. Along (kakak) sentiasa bermusuhan dengan Angah (adik) kerana perilaku adik yang suka mengusik barang kepunyaannya. Melalui cerpen ini pelbagai persoalan telah ditonjolkan, antaranya berkaitan dengan perasaan cemburu.

Perasaan cemburu menyelubungi jiwa Along apabila setiap kali Angah melakukan kesalahan akan mendapat pembelaan daripada ibu dan ayah yang sentiasa membela Angah, dan Along dipersalahkan. Contohnya apabila Along menampar dan menolak Angah sehingga jatuh di atas sofa kerana kesalahan adiknya mengoyak surat khabar dan majalahnya, ibunya memarahi Along kerana membiarkan Angah bersendirian.

Perasaan cemburu Along dapat dilihat daripada petikan monolog di bawah.

Angah saja yang difikirkan, aku? Aku bagaimana pula?

Ibu memang tidak adil! Berat sebelah! (halaman 86)

Pengarang menggunakan teknik monolog untuk memperlihatkan persoalan cemburu dalam cerpen ini. Melalui cara ini juga sekali gus pembaca dapat memahami persoalan dan juga aspek teknik dalam penceritaan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Mac 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *