Mengenali Ayat Majmuk

      3 Comments on Mengenali Ayat Majmuk


Oleh SUHAIMI MOHD SALLEH

Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.

Ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung.

1.(a) Dia sangat kaya.

1.(b) Dia tidak sombong.

Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Apabila kedua-dua ayat itu dicantumkan, akan terhasillah ayat majmuk yang berikut:

1.(c) Dia sangat kaya tetapi dia tidak sombong.

Ayat baharu ini dipanggil ayat majmuk kerana mengandungi dua ayat tunggal yang dicantum dengan menggunakan kata hubung tetapi. Ayat tunggal (1.a) mengandungi satu maklumat sahaja, iaitu “kaya”. Setelah dicantumkan dengan ayat tunggal (1.b) yang mengandungi satu maklumat lain, iaitu “tidak sombong”, ayat yang baharu terbentuk 1.(c) itu kini mempunyai dua maklumat. Dengan hal yang demikian, ayat 1.(c) telah mengalami peluasan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Mac 2012.

3 thoughts on “Mengenali Ayat Majmuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *