Bentuk Kata Ganda

      No Comments on Bentuk Kata Ganda


Oleh AHMAD KHAIR BIN MOHD NOR

Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Bentuk kata yang diulang itu dikenali sebagai kata dasar, manakala bentuk ulangan itu disebut sebagai kata gandaan. Yang berikut merupakan contoh jenis kata ganda:

angan   –   angan-angan (seluruh kata dasar diulang)

setiausaha    –   setiausaha-setiausaha (seluruh kata majmuk diulang)

makanan    –   makanan-makanan (seluruh kata berimbuhan diulang)

rebut    –   berebut-rebut (sebahagian kata diulang)

bola      bebola (sebahagian kata diulang)

Kata ganda dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa dan kata ganda berentak. Ketiga-tiga jenis pula terdiri daripada sub jenisnya.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Mac 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *