Perkembangan Bahasa Laporan

      No Comments on Perkembangan Bahasa Laporan

Judul : Bahasa Laporan
Pengarang : Asmah Haji Omar
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (2017)
Harga : RM 10.00
Pengulas : Siti Nur Hidayah Othman Bakar

      Penulisan laporan berkembang melalui zaman serta melalui kepelbagaian perubahan masyarakat penggunanya, bahasa Melayu tidak terkecuali daripada mengalami pelbagai perubahan. Buku ini membincangkan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan laporan yang pelbagai bentuk seperti iklan dan penulisan akademik merupakan beban bidang baharu bagi bahasa Melayu.

     Dalam bab satu menjelaskan konsep penulisan laporan secara sepintas lalu. Laporan bukan sahaja merupakan ciri pentadbiran dan pengurusan malah kaedah penting untuk membuat keputusan dalam pentadbiran. Contohnya laporan merakam butir-butir penting yang diperkatakan dan juga persetujuan yang dicapai. Analisis bahasa laporan seperti yang terdapat pada buku ini mampu memberi pengertian tentang selok-belok bahasa yang betul untuk penulis laporan.

     Seterusnya, penerangan penulisan laporan mesyuarat dihuraikan dalam bab kedua. Laporan mesyuarat dikenali sebagai minit mesyuarat. Laporan tersebut berdasarkan rakaman tentang perkara yang berlaku dalam sesuatu mesyuarat. Laporan ini mempunyai struktur yang tersendiri seperti tajuk, keterangan tajuk, kehadiran dan perbincangan. Bahasa dan gaya bahasa laporan mesyuarat mempunyai perkataan yang khusus mendukung pengertian yang sangat penting dalam mesyuarat.

      Bagi laporan tahunan pula diperincikan dalam bab ketiga, iaitu laporan tahunan berfokuskan laporan sesuatu syarikat, jabatan atau badan bagi setahun takwim atau tahun kewangan. Dalam laporan tersebut dirakam perjalanan badan berkenaan daripada segi maju mundur, keahlian, kewangan, dan kegiatannya. Manakala gaya bahasa laporan pula boleh dikatakan bersifat huraian dan penjelasan.

Ulasan ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran April

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *