Bahasa Ukiran Diri

      No Comments on Bahasa Ukiran Diri

Bahasa Ukiran Diri

Dalam diri inilah
bahasa menjadi acuan
terbentuk serta amalan
aksara ilmu pengetahuan.
Dalam diri inilah
bahasa menyampaikan hasrat
melalui lidah yang sihat
Dalam diri inilah
terungkap rasa iri dan khianat
bahasa menjadi api
menghasut naluri berniat jahat.
Bahasa ukiran diri
Dalam tindak-tanduk setiap hari
Mengikat amalan budi pekerti
Kriteria sifat insani!
Ismail Hashim
Sikamat, Seremban

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *