Warna Bangsa

      No Comments on Warna Bangsa

Warna Bangsa

Sawo matang tak lagi
Bekas cairan menjadi-jadi
Melayu putih, coklat terdiri
Kehitam-hitaman
Dibuka Melaka, Pasai
Sudah puluhan ribu
Melayuku, bercampuran
Era Tun Tuah, puluhan bahasa
Cair di mulut
Melaka, jadi pusat dunia
Rempah jadi tumpuan.
Hari demi hari
Seribu tahun bak mimpi
Hari ini, tak cukup Nepal
Bangla, Rohingya
Afrika apa lagi
Indon sedia ada
Campuran Melayuku
Bahasa bangsa dibenci-benci
Seantero Negara
Baik di mulut varsiti, malah menteri
Hingga anak-anak sekolahan
Tumpul hati.
Bahasa bangsa, Melayu pastinya
Tiga suku kata-kata keimanan
Meresap, minda kepintaran
Hati, ketakwaan
Kata-kata, cahaya keimanan,
Sedang bahasa penjajah kekeringan
Keimanan, ketakwaan
Jauhi jati diri kemelayuan
Kenusantaraan.
Warna, mahu ke mana?
Bersila kita, di sini
Bumi, jangan digadai walau seinci
Andai telinga mati, muflis pasti.
Daeng Ramliakil
Kursi P.Ramli, Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *