Irama Rima Pantun

admin   April 3, 2012   No Comments on Irama Rima Pantun

Oleh SITI ZALEHA M.HASHIM

Pantun Melayu bukan sahaja meliputi pelbagai aspek kehidupan yang dibawakan dalam pelbagai tema, tetapi juga meninggalkan kesan keindahan yang mendalam kepada pembaca atau pendengar. Keindahan bahasa dan kepadatan makna yang terdapat pada pantun menjadikan pantun amat menarik untuk dikaji oleh para sarjana dalam dan luar negara. Antara mereka termasuklah Harun Mat Piah, Siti Hawa Salleh, Muhammad Haji Salleh, Noriah Mohamad, R.O. Winstedt, R.J. Wilkinson, Ch.A. Van Ophuysen dan C. Hooykaas. Dalam Alam Pantun Melayu, Dailie mengatakan pantun Melayu memberikan gambaran ringkas kehidupan orang Melayu dalam sebutir pasir. Menurut beliau, di dalamnya tercermin semua unsur kehidupan manusia Melayu, iaitu alam, flora dan faunanya, gunung-ganang, pohon, burung dan ikan serta gambaran perasaan dan pemikiran orang Melayu.

Pencipta pantun zaman silam mempunyai perbendaharaan kata yang amat luas. Mereka mampu memilih kata yang sesuai untuk dijadikan rima pada pantun yang dicipta.

Vokal dan Konsonan

Sebelum membincangkan rima yang menimbulkan keindahan pada pantun dengan lebih lanjut, eloklah diketahui serba sedikit tentang vokal dan konsonan yang berkaitan dengan rima. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia mencatatkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem atau bunyi vokal baku dan huruf yang melambangkan fonem tersebut a, e, i, o, u. Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu fonem e pepet dan fonem e taling. Huruf e pepet dikenal sebagai bunyi Ie dalam ejaan lama atau ejaan Za’ba.

Bunyi vokal inilah yang dicari oleh pencipta pantun untuk disesuaikan dengan rima perkataan yang dipilih. Sebagai contoh, lihatlah perkataan yang disenaraikan

yang membawa bunyi vokal a, i, u dan contoh pantun dengan rima tersebut:

__

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, April 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *