Bahasa itu Lidah Ilmu

      No Comments on Bahasa itu Lidah Ilmu

 

Bahasa itu Lidah Ilmu

Bahasa jalinan tamadun bangsa,
Peliharalah dia martabatkan sentiasa.
Tiada kiasan secantik bahasa,
Lonjaklah bahasa di persada nusa.
Bahasa Melayu bahasa yang eka,
Bahasa yang semerbak di Nusantara.
Bahasa kita tetap terbilang,
Itulah bahasa yang gah cemerlang.
Gemilangkan bahasa matlamat kita,
Pengkhianat bahasa petualang negara.
Kepada peminggir bahasa ibunda,
Engkaulah pembelot bangsa yang ketara.
Ayuh bersatulah kita menjulang bahasa,
Agar dia kukuh setiap masa.
Tanpa perpaduan yang kental,
Bahasa kita pasti terkial-kial.
Nah, usah berasa ragu-ragu,
Kelak bahasa ibunda ‘kan beku.
Kan bahasa itu lidah ilmu,
Kendunglah dia setiap waktu.
Bahasa juga pelita ilmu,
Pastikan dia menerang jiwa yang kelu.
Jika bahasa suara akal,
Jadilah dia mahligai yang kekal.
Ingat kitalah pemartabat bahasa,
Justeru pastikan bahasa di perkasa.
Kita juga pemahat bahasa,
Bentuklah dia sebaik rupa.
Anuar Asmadi
Persatuan Penulis Pulau Pinang (2PNP)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *