‘Untuk’ dan ‘Bahawa’

      No Comments on ‘Untuk’ dan ‘Bahawa’


Oleh ABDUL GHALIB YUNUS

Satu daripada proses atau fenomena yang terdapat dalam tatabahasa transformasi generative ialah aspek pengguguran, selain penyusunan semula dan penjelmaan. Hal ini tidak disedari oleh pengguna bahasa. Bagi yang memahami proses ini, mereka sudah pasti dapat mengenal pasti kecacatan setiap ayat yang berikut:

1. Langkah menangani masalah ketagihan rokok dalam kalangan remaja perlu  dilakukan oleh pelbagai pihak.

2. Tugas mendisiplinkan murid ialah tugas semua guru.

3. Kerja menggantikan paip air lama sedang rancak dijalankan oleh Jabatan Bekalan Air.

4. Dapatan kajian beliau ialah remaja terlibat dalam perlumbaan motosikal haram untuk keseronokan.

5. Anda dikehendaki menulis karangan ini tidak melebihi 120 patah perkataan.

Ayat 1 hingga ayat 5 sebenarnya berasal daripada ayat yang berikut:

1.(a) Langkah untuk menangani masalah ketagihan rokok dalam kalangan remaja perlu dilakukan oleh pelbagai pihak.

2.(a) Tugas untuk mendisiplinkan murid ialah tugas semua guru.

3.(a) Kerja untuk menggantikan paip air lama sedang rancak dijalankan oleh Jabatan Bekalan Air.

4.(a) Dapatan kajian beliau ialah bahawa remaja terlibat dalam perlumbaan motosikal haram untuk keseronokan.

5.(a) Anda dikehendaki untuk menulis karangan ini tidak melebihi 120 patah perkataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *