Khilaf Diri

      No Comments on Khilaf Diri

Oleh MK Riza

       Nampaknya apa yang saya cuba buat hampir berjaya. Amirah sudah naik ke atas pentas.
Ia berlaku seperti yang direncanakan. Seperti yang saya baca dalam buku motivasi Barat itu. “Bagus Amirah. Dalam ramainya murid di sini, hanya awak yang begitu berani datang ke depan untuk ambil duit seringgit ini.” Puji saya, atas keberanian yang ditunjukkannya. Amirah yang menuruni pentas, senyum meleret, menampakkan lesung pipit yang ‘tertampal’ di kedua-dua belah pipinya.

      Saya membetul-betulkan mikrofon. “Okey, kali ini di tangan saya ada lima puluh ringgit. Siapa yang nak ke depan ambil duit ini?” Saya meneruskan perancangan.

      Beberapa orang pelajar bangun tetapi seorang pelajar lelaki terus meluru ke hadapan. Dia hampir terlanggar Saiful yang juga cuba meluru ke depan.

      Saya kenal. Itu Naufal. Pelajar kelas 5A3 yang selalu buat saya geram. Kerja rumah yang saya beri jarang dibuat. Dalam kelas pula asyik mengantuk. Tak kira waktu pengajaran pagi atau tengah hari, selalu sahaja saya lihat dia tersengguk-sengguk.Ya, saya tahulah Matematik memang payah, tetapi percayalah Matematiklah yang akan memudahkan hidup mereka nanti.

     Naufal cuba mengambil not lima puluh ringgit yang dipegang saya. Namun, belum sempat Naufal mengambilnya, saya menarik tangan.

      Saya menggeleng-geleng. Naufal terkedu.
“Naufal … peluang hanya sekali sahaja. Tadi, semasa saya minta sesiapa datang ke hadapan untuk ambil duit seringgit tak ada sesiapa pun peduli kecuali Amirah.” Saya memasukkan not lima puluh ringgit ke dalam poket baju kurung biru yang saya pakai.

Cerpen ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *