Pergerakan Watak Utama dalam Novel Songket Berbenang Emas

Oleh Samat Buang

        Makalah pada kali ini merupakan kesinambungan daripada perbincangan yang lalu tentang perkembangan watak utama dalam novel. Atas permintaan rakan-rakan guru dari seluruh negara yang menggunakan novel yang berbeza mengikut zon, penulis mencuba untuk menulis dan melanjutkan perbincangan tentang perkembangan watak utama bagi setiap novel yang diuji dalam peperiksaan SPM seperti yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mhd. Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

      Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa watak ialah pelaku yang memainkan peranan menggerakkan dan mengembangkan jalan cerita yang disampaikan oleh pengarang tidak kira sama ada watak itu terdiri daripada manusia mahupun binatang yang diberikan sifat manusia. Pergerakan watak utama novel ini juga berkait rapat dengan latar tempat yang berbeza
mengikut kesesuaian jalan cerita yang disuguhkan oleh pengarang. Oleh itu, fokus perbincangan dalam makalah kali ini tertumpu pada pergerakan watak utama, Dahlia dalam novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdiri daripada 28 bab kesemuanya. Novel ini diguna pakai dan dikaji oleh murid-murid tingkatan 5 bagi zon pertama yang terdiri daripada negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

      Sebelum dibincangkan secara terperinci pergerakan watak utama mengikut bab dalam novel tersebut, pengarang menggambarkan sifat luaran watak utamanya, Dahlia sebagai anak sulung kepada Embong dan Saleha selain lima orang adik yang terdiri daripada Abu Bakar, Mawar, Melati, Kiambang, dan Anggerik. Dahlia seorang pelajar tingkatan 6 atas SMK Temenggong Ibrahim yang akan menduduki peperiksaan STPM. Dia hidup dalam keluarga yang susah dan menghadapi pelbagai konflik atau dugaan hidup semasa tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Berkat semangatnya yang kental dan sebagai pelajar yang cemerlang daripada keluarga yang kurang berada dari segi kewangan, dia terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah selama empat tahun di Jepun.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *