Bunyi Bahasa dalam Komunikasi

      No Comments on Bunyi Bahasa dalam Komunikasi

Judul           : Pengantar Fonetik

Penulis        : Indirawati Zahid dan Abdul Hamid Mahmood

Penerbit      : Dewan Bahasa dan Pustaka (2016)

Harga         : RM 30.00

Pengulas    : Siti Nur Hidayah Othman Bakar

Fonetik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa. Dalam pertuturan, bunyibunyi ini tidak mengandungi makna. Bunyibunyi ini terhasil kerana keperluan biologi manusia. Oleh itu, terdapat buku yang menjelaskan kaedah fonetik merangkumi aspek intonasi dankesantunan berbahasa, malahan menyentuk aspek cara bunyi itu dapat didengar dan diinterpretasi semasa berkomunikasi. Kandungan buku disusun dengan pengenalan dan pembahagian subbidang dalam bidang fonetik, iaitu artikulotari, auditori dan akustik.

    Topik pengenalan tentang bunyi bahasa dipaparkan bagi memudahkan pembaca memahami aspek bunyi bahasa yang merupakan sumber maklumat apabila mempelajari bidang ini. Diterangkan juga kajian fonetik yang berlaku di Malaysia dan Indonesia. Secara umumnya, apa- apa yang berlaku di Malaysia sama seperti yang berlaku di Indonesia. Sarjana awal membincangkan aspek bunyi bahasa berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam penggunaan bahasa seharian. Selain itu, penggunaan simbol fonetik yang dihasilkan adalah untuk mendokumentasikan data bunyi bahasa dalam bentuk tulisan.

     Dalam bab kedua, ringkasan penerangan tentang fonetik artikulatori merujuk pendeskripsian bunyi berdasarkan cara sesuatu bunyi dilafazkan dalam sesuatu bahasa. Pengartikulasian bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa melibatkan alat artikulasi, iaitu organ pertuturan dan saluran suara, iaitu daerah artikulasi. Manakala, penghasilan bunyi pula melibatkan empat komponen utama mekanisme, iaitu proses aliran udara, proses fonotasi, proses oro-nasal dan proses artikulasi. Bab ini memaparkan secara umum pendeskripsian bunyi bahasa secara standard seperti yang dipaparkan dalam jadual Abjad Fonetik Antarabangsa(semakan 2005).

     Dengan berfokuskan bunyi bahasa dalam bahasa Melayu, bab ketiga menjelaskan rajah cara
pengartikulasian, huraian cara pengartikulasian, daerah pengartikulasian dan contoh bunyi bahasa pada posisi awal, tengah dan akhir dalam perkataan bahasa Melayu. Dalam konteks ini, manusia berkomunikasi sehingga menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi terlafaz dalam bentuk deretan bunyi yang tertentu dan terbahagi kepada dua,iaitu bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.

Ulasan buku ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *