Imbuhan Pinjaman Bahasa Sanskrit

      No Comments on Imbuhan Pinjaman Bahasa Sanskrit

Oleh Ezwafahmey Ahmad Kusaini

     Pengimbuhan merupakan salah satu proses pembentukan kata yang produktif dalam bahasa Melayu. Kata-kata yang dihasilkan oleh proses pembentukan kata ini ialah kata terbitan atau disebut juga sebagai kata berimbuhan. Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu bentuk yang tidak boleh berdiri secara sendirian. Bentuk ini hanya mempunyai makna apabila digabungkan dengan kata dasar yang juga merupakan morfem bebas. Imbuhan asli bahasa Melayu sebenarnya sudah lengkap untuk menampung keperluan bahasa Melayu selama ini. Dengan pertambahan pelbagai bidang ilmu dan ikhtisas yang baharu menyebabkan imbuhan asing dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman baharu dalam bahasa Melayu.

     Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ini merupakan jenis imbuhan yang sudah lama terserap penggunaan dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Imbuhan ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:

1. Imbuhan awalan.
2. Imbuhan akhiran.

Imbuhan awalan

Contoh imbuhan awalan pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
1. Maha-
2. Tata-
3. Pra-
4. Pasca-
5. Eka-
6. Tri-
7. Swa-
8. Tuna-
9. Dwi-

       Semua imbuhan awalan pinjaman tersebut dapat digabungkan dengan kata atau perkataan dasar tertentu untuk menerbitkan kata terbitan dalam bahasa Melayu. Imbuhan awalan pinjaman yang pertama, iaitu mahamembawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Contohnya:

Imbuhan Awalan

Butiran Contoh Perkataan

Maksud

Maha- – Menerbitkan kata nama dan kata adjektif.

– Imbuhan awalan + kata nama dieja rapat.

– Imbuhan awalan + kata adjektif dieja jarak.

Mahamenteri Ketua menteri.
Mahameru Gunung tempat tinggal dewa.
Mahaputera Gelaran yang diberikan kepada warganegara yang sangat besar jasanya terhadap negara.
Mahakarya Karya agung yang dihasilkan oleh pujangga.
Maha besar Paling besar.
Maha agung Paling agung.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *