Modul Pembelajaran Kendiri Kata Sendi Nama

      No Comments on Modul Pembelajaran Kendiri Kata Sendi Nama

Oleh Md Ishak A. Rahman

       Kaedah pengajaran menggunakan modul pembelajaran kendiri (MPK) dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan dengan melakukan pembelajaran sendiri. Pelajar boleh membaca dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Guru pula berperanan sebagai pemudah cara dan menyediakan bahan pembelajaran.

       Tatabahasa merupakan satu aspek dalam komponen pembelajaran bahasa yang sering menjadi fokus sampingan dalam pengajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana tatabahasa disampaikan secara berterusan mengikut situasi dan bahan.

     Walau bagaimanapun, guru boleh menggunakan MPK dengan memberi fokus tatabahasa. Guru boleh menyediakan beberapa set aktiviti dalam pembelajaran menggunakan modul ini untuk memberikan kefahaman dan kemahiran kepada pelajar dalam unit-unit kecil tajuk tatabahasa. Bahan yang disediakan oleh guru lebih hampir dengan pelajar kerana disesuaikan dengan latar belakang dan tahap pencapaian pelajar.

     Langkah pertama adalah dengan memperkenalkan sesuatu tajuk tatabahasa kepada pelajar. Guru boleh memetik daripada buku teks tentang tajuk tersebut. Guru juga boleh memetik daripada buku tatabahasa atau memanfaatkan makalah dalam majalah Pelita Bahasa. Berasaskan penerangan dan nota daripada bahan tersebut, guru boleh menyediakan latihan kendiri yang berkaitan dengan rumus dan ragam tajuk tatabahasa yang dipilih.

      Di sini penulis memberi contoh aktiviti MPK di bawah tajuk tatabahasa kata sendi nama (KSN). Kata sendi nama merupakan perkataan yang banyak digunakan dalam ayat bahasa Melayu. Pada asasnya, KSN merupakan kata tugas yang perlu diikuti kata nama untuk memberikan maksud yang sempurna. KSN dalam bentuk asal tidak memberi maksud tertentu tanpa diikuti kata nama sebagai pelengkap. Guru boleh menyenaraikan seberapa banyak contoh KSN berserta maksud dalam helaian pertama MPK sebagai bacaan luas. Contoh KSN ialah di, ke, kepada, dari, daripada, pada, untuk, dan seterusnya. Kata di tidak ada maksud tertentu dalam kamus. Kata di hanya akan memberi makna menunjukkan tempat pada perkataan di sekolah, di bandar, di hadapan, dan sebagainya.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *